JALAN LIKU 8

For a serious gardener who love to plant tree, shrub, flowers, vegetable.

Saturday, 27 February 2010

Anak-anak Bapa...


Bapa :Jaib Bin Kasad
Nama Lain: Jayap
Dilahirkan di Jawa Tengah pada tahun 1907 dan berhijrah ke Malaya semasa berumur 10 tahun bersama keluarga semasa perang dunia pertama. Tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah, buta huruf tetapi pandai membaca quran.
Berkerja sebagai petani seumur hidup nya.Wak telah meninggal dunia pada bulan Januari 1998, enam bulan selepas Mak meninggal dunia. Alfatihah.
Emak : Jah Binti Aman(Abd Rahman)
Dilahirkan di Kg Parit Bunga Muar pada tahun 1917 dan meninggal dunia pada bulan September 1998.
Ibu bapa kami telah berkahwin diawal tahun 1930an , tiada rekod tepat bila mereka berkahwin. Mempunyai 12 orang anak tetapi 3 daripadanya telah meninggal dunia semasa mereka kecil, kurang dari tiga tahun.
9 orang anaknya yang akan menyambung zuriat mereka.
Diawal perkahwinan, mereka menetap di Kg Parit Bunga, tempat kelahiran ibu dengan menumpang dengan ibu mertuanya sehingga mendapat empat orang anak.
Oleh kerana desakan ekonomi, Ayah, yang kami memanggil nya Wak, telah membuka kebun baru dan kampung di Tangkak, bersama-sama kawan-kawan nya yang di kenali dengan Kampung Anjong Batu, yang mana jarak nya adalah 15 batu atau 25km dari Muar.
Setelah berjaya membuka kampung tersebut, Wak telah membawa keluarga nya berpindah ke Tangkak dan saya berserta empat lagi adik beradik dilahirkan di sini.

Anak Pertama: Siti Hawa, meninggal dunia semasa kecil.

Anak Kedua: Haji Atan (abang) Di lahirkan pada 1935 di Parit Bunga. Abang telah berkahwin dengan Kak Minah (Hajah Aminah bte Md Lip) dan telah dikurniakan dengan 7 orang anak. Kini menetap di Kampung Anjong Batu Tangkak, berkerja sebagai petani dan peniaga. Mempunyai sebuah kedai runcit yang telah dibuka nya sejak dari tahun 1966 lagi hingga sekarang. Saya pernah berkerja menjaga kedai ini semasa cuti sekolah disekitar tahun 66 ke 69 waktu saya bersekolah di Tangkak. Mempunyai ramai cucu.

Anak Ketiga : Ahmad, meninggal dunia semasa kecil.

Anak Keempat : Habibah (Kak Bah). Lahir pada tahun 1937 dan telah berkahwin dengan Husin Kadim (Abang Husin-telah meninggal dunia dalam tahun 1984). Mempunyai 7 orang anak dan ramai cucu. Sekarang ini, Kak Bah menetap di Kampung Paya Mas Tangkak Johor. Tidak berkerja kerana telah uzur dan tidak berapa sihat.



Anak Kelima: Saleh (Tam) Dilahirkan dalam tahun 1939 dan berkerja sebagai guru sekolah rendah dan kini telah bersara dan menjalankan perniagaan sendiri. Beliau telah mengajar di Sekolah Rendah Mesudut Pindah Batu Empat Segamat dari mula berkerja diawal tahun 60an sehingga bersara , lebih dari 30 tahun. Telah berkahwin dengan Kak Enon (Zainon) dan mempunyai 6 orang anak perempuan dan ramai cucu serta sudah mempunyai 3 orang cicit( 2010). Kini menetap di Pekan Batu Anam, Segamat.

Anak Keenam : Abd Rahman (Teh) Dilahirkan di Parit Bunga pada tahun 1943. Telah berkahwin dengan Kak Masilah dan mempunyai 8 orang anak dan beberapa orang cucu. Berkerja sebagai petani dan peniaga pasar malam. Teh menjual kacang rebus, jagong rebus dan rojak petis .
Kini, Teh menetap di Kampung Anjong Batu Tangkak



Anak Ketujuh : Hajah Salamah (Kak Mah). Lahir di Tangkak pada tahun 1945. Telah berkahwin dengan Abang Musa (Haji Musa Hamid) yang bertugas sebagai saorang tentera. Mereka telah dikurniakan dengan 7 orang anak dan beberapa orang cucu. Sebagai saorang tentera, mereka telah berpindah mengikut posting Abang Musa. Di antara nya adalah Singapura, Port Dickson, Kuala Lumpur dll.
Abang Musa telah meninggal dunia dalam tahun 2009 dan begitu juga Kak Mah telah meninggal dalam tahun yang sama, tiga bulan terkemudian. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka.
Mereka telah di semadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kontang Tangkak.




Anak Kelapan : Hajah Maimunah (Kak Nah). Dilahirkan dalam tahun 1948 di Tangkak Johor pada tahun1948. Telah berkahwin dengan Abang Hassan (Haji Hassan Long) saorang pekerja bank dan kemudian nya menjadi peniaga kereta.
Mereka telah dikurniakan seramai 6 orang anak dan beberapa orang cucu dan telah menetap di Johor Baru.Abang Hassan telah meninggal dunia dalam tahun 2008 ketika berusia 60 tahun.
Kini Kak Nah telah menetap di Johor Baharu bersama anak lelaki keduanya.










Anak Kesembilan : Haji Hassan telah dilahirkan di Tangkak pada tahun 1951. Telah berkahwin dengan Kak Halus (Halus Bte Abdullah) dan dikurniakan dengan 4 orang anak dan beberapa orang cucu. Bekerja sebagai petani dan peniaga iaitu menjual ikan di pasar Tangkak. Kini menetap di Kampung Anjung Batu, Tangkak.









Anak Kesepuluh : Haji Husien (Yusien) telah dilahirkan pada bulan March 1954. Satu-satu nya anak Wak yang berjaya belajar sehingga keperingkat universiti. Bekerja sebagai Jurutera di RTM dan kemudian besara pilihan dan kini berkecimpung dalam dunia perniagaan. Telah berkahwin dengan Jamilah Mohd Shahid dalam tahun 1980 dan dikurniakan dengan 3 orang anak. Kini menetap di Shah Alam Selangor.

Anak Kesebelas : Ibrahim. Meninggal dunia ketika masih kecil lagi.

Anak Keduabelas (Anak Bungsu) : Manisah. Telah dilahirkan dalam tahun 1957 di Tangkak dan telah berkahwin dengan Jasmi Abd Rahman, saorang kakitangan Penjara yang masih bertugas di Simpang Renggam, Keluang Johor. Mempunyai 4 orang anak dan saorang cucu(2010).

Friday, 26 February 2010

Europe Tour


Lake Lurcrene Switzerland


Mount Pilatus



Snow (Ice) at the paeak of Mount Pilatus


Infront of Disneyland Hotel



Paris Disneyland

Paris here we come..






Visit to Keukenhof Garden. Haven for tulip lover

Little Holland

Duck along the cannel




Central Station Amerstadam
Salleh House in Amsterdam
Arriving in Schapol Airport
7 of us leaving KLIA Airport for Amsterdam
Year 2001
Date 15 May 2001 to 2 June 2001
Group consist of 7 include me, my wife, my children (Syukri -10, Aizat-8 and Ariff-6), brother in law and niece.
KLIA Amsterdam by MAS. Low fare
Amsterdam Paris by car
Paris Switzerland by car
Switzerland Frankfurt by car
Frankfurt Amsterdam by car
Amsterdam KLIA by MAS
Left KLIA by MAS at 11pm and arrived in Schapool Aiport early morning. Received by Salleh (wife cousin-MAS manager where we stay for the next 17 days). First oversea trip with whole family.

Friday, 19 February 2010

Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak


Bangunan yang dibina pada tahun 1936

Saya besekolah di sekolah ini dari tahun 1961 hingga 1966.
Guru Besar semasa itu adalah Alahyarham Encik Osman Kecik, bapa kepada menteri besar Johor, YAB Dato Abd Ghani Osman.
Sekolah ini asal nya beratap nipah dan di bina pada awal tahun 1930 yang di kenali dengan nama Sekolah Melayu Bandar Tangkak. Murid nya seramai 30 orang lelaki.
Pada tahun 1936 sebuah bangunan separuh kekal setinggi dua tingkat telah didirikan dan dikenali dengan nama Sekolah Umum Bandar Tangkak.
Pada tahun 1942 semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, bangunan sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai markas mereka.
Semasa zaman darurat 1948 sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, dimana murid perempuan ditempatkan di tingkat satu dan murid lelaki di tingkat bawah.
Pada tahun 1957, semua murid perempuan telah berpindah ke bangunan mereka sendiri dan sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Lelaki Bandar Tangkak.
Pada tahun 1995 sekolah ini ditukar nama sekali lagi dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Seri Tangkak.


Thursday, 18 February 2010

Kong He Fa Chai Holiday, Penang

Holiday with my family in Batu Feringgi, Penang during Chinese New Year Holiday. Staying in Rumah Perak by the courtesy of brother in law.
Rumah Perak located at very busy area in Batu Feringgi, especially at night where fake goods are sold openly at stalls along the road.

Dinner at Tarbush Restaurant, a Lebanese restaurant. The serving is very large, satu pinggan to be shared two person. Still can not finish.
Diner for 3, which consist of two bryani kambing cost RM85.00
Mesjid in Bayan Lepas was built in 1921
Water for Penang in a Dam

When in Penang, don't forget rojak pesambor in Gurney Drive. A plate of pesembor cost me RM 25.00 tapi berbaloi...
Good bye Penang Bungavila flower at Rumah Perak compound