Bangunan yang dibina pada tahun 1936
Saya besekolah di sekolah ini dari tahun 1961 hingga 1966.
Guru Besar semasa itu adalah Alahyarham Encik Osman Kecik, bapa kepada menteri besar Johor, YAB Dato Abd Ghani Osman.
Sekolah ini asal nya beratap nipah dan di bina pada awal tahun 1930 yang di kenali dengan nama Sekolah Melayu Bandar Tangkak. Murid nya seramai 30 orang lelaki.
Pada tahun 1936 sebuah bangunan separuh kekal setinggi dua tingkat telah didirikan dan dikenali dengan nama Sekolah Umum Bandar Tangkak.
Pada tahun 1942 semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, bangunan sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai markas mereka.
Semasa zaman darurat 1948 sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, dimana murid perempuan ditempatkan di tingkat satu dan murid lelaki di tingkat bawah.
Pada tahun 1957, semua murid perempuan telah berpindah ke bangunan mereka sendiri dan sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Lelaki Bandar Tangkak.
Pada tahun 1995 sekolah ini ditukar nama sekali lagi dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Seri Tangkak.

No comments:
Post a Comment