
Bapa :Jaib Bin Kasad
Nama Lain: Jayap
Dilahirkan di Jawa Tengah pada tahun 1907 dan berhijrah ke Malaya semasa berumur 10 tahun bersama keluarga semasa perang dunia pertama. Tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah, buta huruf tetapi pandai membaca quran.
Berkerja sebagai petani seumur hidup nya.Wak telah meninggal dunia pada bulan Januari 1998, enam bulan selepas Mak meninggal dunia. Alfatihah.
Emak : Jah Binti Aman(Abd Rahman)
Dilahirkan di Kg Parit Bunga Muar pada tahun 1917 dan meninggal dunia pada bulan September 1998.
Ibu bapa kami telah berkahwin diawal tahun 1930an , tiada rekod tepat bila mereka berkahwin. Mempunyai 12 orang anak tetapi 3 daripadanya telah meninggal dunia semasa mereka kecil, kurang dari tiga tahun.
9 orang anaknya yang akan menyambung zuriat mereka.
Diawal perkahwinan, mereka menetap di Kg Parit Bunga, tempat kelahiran ibu dengan menumpang dengan ibu mertuanya sehingga mendapat empat orang anak.
Oleh kerana desakan ekonomi, Ayah, yang kami memanggil nya Wak, telah membuka kebun baru dan kampung di Tangkak, bersama-sama kawan-kawan nya yang di kenali dengan Kampung Anjong Batu, yang mana jarak nya adalah 15 batu atau 25km dari Muar.
Setelah berjaya membuka kampung tersebut, Wak telah membawa keluarga nya berpindah ke Tangkak dan saya berserta empat lagi adik beradik dilahirkan di sini.
Anak Pertama: Siti Hawa, meninggal dunia semasa kecil.

Anak Kedua: Haji Atan (abang) Di lahirkan pada 1935 di Parit Bunga. Abang telah berkahwin dengan Kak Minah (Hajah Aminah bte Md Lip) dan telah dikurniakan dengan 7 orang anak. Kini menetap di Kampung Anjong Batu Tangkak, berkerja sebagai petani dan peniaga. Mempunyai sebuah kedai runcit yang telah dibuka nya sejak dari tahun 1966 lagi hingga sekarang. Saya pernah berkerja menjaga kedai ini semasa cuti sekolah disekitar tahun 66 ke 69 waktu saya bersekolah di Tangkak. Mempunyai ramai cucu.
Anak Ketiga : Ahmad, meninggal dunia semasa kecil.
Anak
Keempat : Habibah (Kak Bah). Lahir pada tahun 1937 dan telah berkahwi
n dengan Husin Kadim (Abang Husin-telah meninggal dunia dalam tahun 1984). Mempunyai 7 orang anak dan ramai cucu. Sekarang ini, Kak Bah menetap di Kampung Paya Mas Tangkak Johor. Tidak berkerja kerana telah uzur dan tidak berapa sihat.
Anak Kelima: Saleh (Tam) Dilahirkan dalam tahun 1939 dan berkerja sebagai guru sekolah rendah dan kini telah bersara dan menjalankan perniagaan sendiri. Beliau telah mengajar di Sekolah Rendah Mesudut Pindah Batu Empat Segamat dari mula berkerja diawal tahun 60an sehingga bersara , lebih dari 30 tahun. Telah berkahwin dengan Kak Enon (Zainon) dan mempunyai 6 orang anak perempuan dan ramai cucu serta sudah mempunyai 3 orang cicit( 2010). Kini menetap di Pekan Batu Anam, Segamat.
Anak Keenam : Abd Rahman (Teh) Dilahirkan di Parit Bunga pada tahun 1943. Telah berkahwin dengan Kak Masilah dan mempunyai 8 orang anak dan beberapa orang cucu. Berkerja sebagai petani dan peniaga pasar malam. Teh menjual kacang rebus, jagong rebus dan rojak petis .
Kini, Teh menetap di Kampung Anjong Batu Tangkak
Anak Ketujuh : Hajah Salamah (Kak Mah). Lahir di Tangkak pada tahun 1945. Telah berkahwin
dengan Abang Musa (Haji Musa Hamid) yang bertugas sebagai saorang tentera. Mereka telah dikurniakan dengan 7 orang anak dan beberapa orang cucu. Sebagai saorang tentera, mereka telah berpindah mengikut posting Abang Musa. Di antara nya adalah Singapura, Port Dickson, Kuala Lumpur dll.
Abang Musa telah meninggal dunia dalam tahun 2009 dan begitu juga Kak Mah telah meninggal dalam tahun yang sama, tiga bulan terkemudian. Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka.
Mereka telah di semadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kontang Tangkak.
Anak Kel
apan : Hajah Maimunah (Kak Nah). Dilahirkan dalam tahun 1948 di Tangkak Johor pada tahun1948. Telah berkahwin dengan Abang Hassan (Haji Hassan Long) saorang pekerja bank dan kemudian nya menjadi peniaga kereta.
Mereka telah dikurniakan seramai 6 orang anak dan beberapa orang cucu dan telah menetap di Johor Baru.Abang Hassan telah meninggal dunia dalam tahun 2008 ketika berusia 60 tahun.
Kini Kak Nah telah menetap di Johor Baharu bersama anak lelaki keduanya.

Anak Kesembilan : Haji Hassan telah dilahirkan di Tangkak pada tahun 1951. Telah berkahwin dengan Kak Halus (Halus Bte Abdullah) dan dikurniakan dengan 4 orang anak dan beberapa orang cucu. Bekerja sebagai petani dan peniaga iaitu menjual ikan di pasar Tangkak. Kini menetap di Kampung Anjung Batu, Tangkak.
Anak Kesepuluh : Haji Husien (Yusien) telah dilahirkan pada bulan March 1954. Satu-satu nya anak Wak yang berjaya belajar sehingga keperingkat universiti. Bekerja sebagai Jurutera di RTM dan kemudian besara pilihan dan kini berkecimpung dalam dunia perniagaan. Telah berkahwin dengan Jamilah Mohd Shahid dalam tahun 1980 dan dikurniakan dengan 3 orang anak. Kini menetap di Shah Alam Selangor.
Anak Kesebelas : Ibrahim. Meninggal dunia ketika masih kecil lagi.
Anak Keduabelas (Anak Bungsu) : Manisah. Telah dilahirkan dalam tahun 1957 di
Tangkak dan telah berkahwin dengan Jasmi Abd Rahman, saorang kakitangan Penjara yang masih bertugas di Simpang Renggam, Keluang
Johor. Mempunyai 4 orang anak dan saorang cucu(2010).
No comments:
Post a Comment